Jumaat, 6 Februari 2015

mimpi hanya mimpi

orang tidak akan faham apa yang kita rasa. orang tidak akan peduli apa yang kita inginkan. orang tidak kesah apa yang terjadi pada kita. orang hanya tahu menghukum orang yang bernasib malang. orang hanya tahu menghukum orang lain yang tidak ada apa-apa seperti apa yang mereka ada. Kalaulah orang lain tahu apa yang sebenarnya yang terbuku dihati kita dan apa yang terjadi pada kita mesti orang itu akan selalu cuba untuk mendampingi dan lalui rintangan bersama kita... dunia mimpi memang selalu indah, kita lalui mimpi itu dengan rasa tenang dan kadangkala tanpa kita sedar kita tersenyum saat kita dibuai mimpi indah itu. kandungan dalam senyuman itu hanya kita sahaja yang tahu.. tetapi bila kita bangun dan sedar dari mimpi, segala keindahan itu hilang dibawa angin dalam sekelip mata.. tiada lagi kebahagian tiada lagi kegembiran dan tiada lagi senyuman yang kita rasai dalam mimpi hanya tinggal satu keperitan dan kesakitan hanya.. kita dan tuhan saja yang tahu.. Hati memang pandai berahsia tetapi mata tidak pandai berahsia kerana apa bila kita berdepan dengan dugaan yang terlalu berat, hati kita tetap berkata bahawa kita mampu untuk lalui dugaan yang datang itu tetapi mata kita tidak mampu dan tidak kuat seperti hati kerana bila kita berdepan dengan sesuatu dugaan yang tidak pernah kita inginkan terjadi pada diri kita kini telah terjadi dan kita mesti melaluinya sambil kita laluinya air mata mengalir tanpa kita sedar.. kita selalu berharap apa yang berlaku didalam mimpi kita itu akan menjadi realiti kerana mimpi kita itu indah dan kita dapat merasai kebahagian dan kegembiraan tanpa kita merasai kesedihan.. tetapi mimpi hanyalah mimpi, mimpi yang tidak akan jadi realiti miskipun kita mempunyai kuasa yang luar biasa sekalipun mimpi tetap mimpi.. wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan